Bahawa kami, anggota Perkhidmatan Awam di Sabah menyedari
tanggungjawab kepada Negara, Bangsa dan Agama serta berpegang teguh
kepada tata kelakuan Perkhidmatan Awam, dengan sepenuh dan rela hati,
berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan kecermelangan
Perkhidmatan Awam dengan keazaman seperti berikut:
Pertama - Menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang
di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan
Kedua - Bekerja dengan ikhlas, penuh tanggungjawab dan beramanah
Ketiga - Akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas rasmi untuk
kepentingan awam dan Kerajaan
Keempat - Akan memelihara reputasi Perkhidmatan Awam dan
memperkukuhkan kepercayaan awam terhadap Perkhidmatan Awam Kerajaan
Kelima - Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Keenam - Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti
dan imej Perkhidmatan Awam
Ketujuh - Melaksanakan tanggungjawab dan tugas rasmi dengan Cekap,
Bersih dan Amanah demi mewujudkan satu Perkhidmatan Awam yang
cemerlang