pangakalan data online
Sumber online berikut boleh diakses menggunakan PC di Perpustakaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Tawau. Pengguna akan dikenakan bayaran sejumlah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk pelajar/kanak-kanak.
1) Pangkalan Data Komersial
- EBSCO -Information Service menawarkan pengurusan maklumat bersepadu melalui perkhidmatan langganan, pangkalan data rujukan dan jurnal online.
- CLJ Legal Network ialah satu-satunya pangkalan data untuk Sistem Perundangan Malaysia. Mempunyai koleksi yang lengkap berkaitan dengan perundangan di Malaysia.
2) Pangkalan Data Bukan Komersial
- BOND - pangkalan data NPC untuk membantu organisasi dalam pengukuran prestasi. Ia juga merupakan sumber untuk mencari maklumat mengenai tanda aras mengenai prestasi yang digunakan di seluruh dunia.
- MASTICLINK - (MOSTE) pusat rujukan maklumat sains dan teknologi di peringkat kebangsaan. Tugas utama ialah pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan maklumat S&T tempatan. Sila layari www.mastic.gov.my untuk keterangan lanjut.
- PALMOILIS - pangkalan data dari MPOB yang menyediakan perkhidmatan penghantaran maklumat elektronik kepada industri, jabatan kerajaan/universiti dan masyarakat awam.
- SIRIMLINK - menyediakan capaian kepada koleksi maklumat teknikal yang terdapat di SIRIM. Maklumat termasuklah paten, abstrak dan direktori kepada pakar sains dan teknologi di Malaysia.