Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size
Print This Page

Perpustakaan Wilayah Sandakan

 

Perpustakaan Wilayah Sandakan
Peti Surat 1339, 90714 Sandakan, Sabah, Malaysia.

Tel : 089-210916,210961,

Ketua :
Cecilia Chai

Ikuti Kami Di Facebook

picture of sandakan library

 

Pengenalan

Bangunan Perpustakaan Wilayah Sandakan telah dibuka kepada orang awam pada 26 April 1993 dan dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Pairin Kitingan, mantan Ketua Menteri Sabah pada 21 Disember 1993.

 

Mural yang beraneka warna yang terpapar di dinding perpustakaan menyambut kedatangan para pelawat. Hiasan dinding ini melambangkan corak hidupan liar hutan tropika termasuklah Badak Sumbu Sumatera dan Orang Utan yang jarang-jarang ditemui.  Hidupan liar ini boleh didapati di Taman Sepilok yang jauhnya 24 Kilometer dari Sandakan.

 

Sementara dinding bangunan di bahagian kanak-kanak dihiasi dengan lukisan dan corak kartun yang menjadi daya tarikan dan suasana yang menyeronokan kepada kanak-kanak.  Bangunan ini juga menyediakan pintu keluar masuk yang amat mudah, lengkap dengan jalan tanjakan serta lif khas bagi golongan istimewa.

 

Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan Bilik Serbaguna, kantin, bilik perbincangan dan bilik sesi berceria. Pada bulan September 1997, Perkhidmatan bagi Golongan Cacat Penglihatan dengan rasmninya dimulakan.  Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Seksyen Pandang Dengar dimana mereka menyedia dan menghantar ‘talking books’ kepada penghuni Taman Cahaya.

 

Perpustakaan Bergerak pula memberi perkhidmatan kepada 48 buah sekolah dan pelbagai jabatan kerajaan.

 

Perkhidmatan

1) Khidmat Pembaca

2) Khidmat Rujukan

3) Sumber Media

4) Perpustakaan Desa

5) DesaNet

 

HARI MASA PEMBUKAAN
Isnin 10.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
Selasa Hingga Jumaat 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
Sabtu & Ahad 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
Cuti Umum TUTUP