Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size

QSearch @ Murut |Murut @ Sabah |Tumbuhan Penghalau Nyamuk|Tips Belajar Tanpa Stress | Awaken The Giant |Cukupkah Wang Anda? | Memacu Transformasi | Tumbuhan Liar Berkhasiat Untuk Perubatan |96 Kod Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya | Mencegah, Merawat Dan Memulihkan Penagihan Dadah | Perjalanan 1 Malaysia | Lansing Badan : Care Yourself | Berwaspadalah Dengan Bahaya Kosmetik | Buat Duit Dengan Penternakan Lembu | Rahsia Panjang Umur | Aura Guru Super

Print This Page
Tajuk : Belajar Tanpa Stress Belajar Tanpa Stress
Penulis : Mohd Razali Kamarudin
Penerbit : PTS Professional Sdn Bhd
Pengulas : Chong Sui Kim

Buku ini memuatkan tip-tip dan panduan bagi memotivasikan diri sendiri supaya terus belajar, menerusi bahagian ‘Motivasi Booster’. Turut dikenalkan ialah satu teknik belajar yang dinamakan teknik ‘Jadual Minda Razali’ atau JMR. Teknik ini sering digunakan dalam seminar atau bengkel motivasi pelajar dan terbukti ia sangat berkesan.

Buku Tip Belajar Tanpa Stres ini mengandungi 30 bab kesemuanya, dan terbahagi kepada tujuh bahagian;
Bahagian 1: Sentuhan Pembuka Mood
Bahagian 2: Memahami Diri Seorang Remaja
Bahagian 3: Memahami Stres
Bahagian 4: Menjadikan Stres Sebagai Suatu yang Positif
Bahagian 5: Tetap Tenang Walaupun Stres
Bahagian 6: Motivasi Booster (Galakan)
Bahagian 7: Teknik Mudah Ingat dan Faham Nota Pelajaran

Tidak kira kita sebagai guru, warden asrama atau jurulatih pembelajaran, perkara yang sering kita dengar tentang rungutan pelajar-pelajar adalah berkenaan stres belajar. Timbul persoalan, mengapa mereka stres belajar? Adakah kerana sukarnya pelajaran yang mereka pelajari ataupun stres kerana bimbangkan peperiksaan yang akan tiba?

Mungkin juga mereka stres kerana masalah peribadi. Contohnya, pemikiran tidak rasional, masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru. Cabaran yang dilalui oleh pelajar pada hari ini telah meningkat. Bertitik tolak daripada sini, penulis terpanggil bagi menulis buku ini. Skop perbincangan buku ini lebih tertumpu kepada bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi ‘Saya ada masalah’ kepada ‘Saya ada cabaran’ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekali gus, kita akan berasa tenang menghadapi cabaran.

Mempraktikkan minda atau membiasakan minda ‘bermain’ dengan stres akan membuatkan kita tidak lagi menganggap stres itu sebagai perkara negatif, malah kita menganggap stres itu adalah perkara positif seperti mana yang ditunjukkan dalam bahagian ketiga iaitu minda dan stres.

Panduan yang disajikan oleh penulis meletakkan stres dan penawarnya di bahagian keempat iaitu mempositifkan stres dan bahagian kelima, tetap tenang walaupun stres. Oleh itu tip-tip yang terdapat dalam buku ini memang sesuai bagi pembaca remaja agar mengubah dan melatih minda mereka dari negatif ke positif.

Penulis juga menyentuh tentang fungsi reticular activating system atau RAS. Ianya terletak di dalam satu organ di bahagian otak kita yang fungsinya hampir sama seperti antena atau cakera padat ASTRO yang dinamakan sebagai reticular cortex atau RC. Terdapat beberapa cara untuk mengaktifkan RAS yang membolehkan menjana pelbagai idea merealisasikan apa yang disampaikan oleh minda.

Bahagian-bahagian yang disusun dalam buku ini mudah difahami oleh para pembaca kerana penulis menggunakan bahasa yang mudah. Ia adalah sebagai bacaan ringan dan santai tetapi mengandungi pelbagai informasi yang berguna. Penulis juga mendidik pembaca melihat stres bukan lagi perkara yang perlu dirisaukan, bahkan mampu membangunkan diri bagi menjadi insan yang lebih cemerlang. Selamat membaca dan mengaplikasikan belajar tanpa stres.

Sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088 - 214828 / 231623 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan.