Facebook Flickr RSS
Tema GreenLime Blue Red
Ubah saiz Teks: smaller text sizereset your textplus your text size

QSearch @ Murut |Murut @ Sabah |Tumbuhan Penghalau Nyamuk|Tips Belajar Tanpa Stress | Awaken The Giant |Cukupkah Wang Anda? | Memacu Transformasi | Tumbuhan Liar Berkhasiat Untuk Perubatan |96 Kod Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya | Mencegah, Merawat Dan Memulihkan Penagihan Dadah | Perjalanan 1 Malaysia | Lansing Badan : Care Yourself | Berwaspadalah Dengan Bahaya Kosmetik | Buat Duit Dengan Penternakan Lembu | Rahsia Panjang Umur | Aura Guru Super

Print This Page
Tajuk : Tumbuhan Penghalau Nyamuk Dan Pencemaran Udara Penghalau Nyamuk
Penulis : Mohd Azwar Aizam Mohd Anwar
Penerbit : Sidang Redaksi Flora
Pengulas : Chong Sui Kim

Tahukah anda bahawa tumbuhan yang tumbuh di sekeliling kita boleh ditanam dan dijadikan sebagai pembersih udara, zarah beracun dan juga sebagai penghalau nyamuk? Buku Tumbuhan Penghalau Nyamuk dan Pencegah Pencemaran Udara ini memberi pendedahan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan hijau selain fungsinya menjadi penyeri ruang-ruang dan perkarangan rumah, ia juga berpotensi sebagai anti pencemaran dan penawar semula jadi sebagai penghalau serangga.

Terdapat dua faktor penting yang mempengaruhi kesihatan tubuh badan seseorang, iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman biasanya bersangkut-paut dengan faktor genetik. Sememangnya faktor ini tidak mudah untuk dielakkan. Faktor kedua adalah faktor luaran seperti gaya hidup, makanan dan keadaan sekeliling.

Masyarakat kini mula sedar betapa pentingnya mengamalkan cara hidup sihat dan memperbaiki pola pemakanan mereka. Namun begitu, keadaan sekeliling juga semakin terancam dengan pencemaran udara dan yang berlaku disekeliling kita. Antara gas-gas yang terdapat dalam udara kita adalah karbon monosida, hidrokarbon, belerang dan nitrogen yang dilepaskan dari bahan bakar fosil seperti minyak, batu-bata dan gas. Ramai yang mengalami sakit tekak dan paru-paru yang seterusnya membawa kepada masalah pernafasan.

Nyamuk adalah penyebab utama penyakit malaria, demam denggi dan mudah hidup di mana-mana tempat. Tempat pembiakannya adalah di kawasan air yang bertakung seperti tempat pembuangan sampah yang bertaburan, semak samun, longkang atau saluran air yang tersumbat. Penyakit bawaan nyamuk ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dikesan dan dirawat awal. Maka itu, serangga ini harus dihapuskan. Mungkin ada yang berpendapat bahawa penggunaan penyembur kimia berkesan untuk menghalau nyamuk. Namun, sebenarnya penyembur mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan serangga ini menjadi kebal terhadap racun serangga.

Buku ini menyenaraikan lapan keluarga besar tumbuhan dengan gambar dan keterangan lanjut tentang tumbuhan semula jadi yang telah dikenalpasti sebagai penghalang serangga berbahaya. Tumbuh-tumbuhan jauh lebih selamat dari penggunaan penyembur kimia. Ini juga merupakan satu alternatif bijak bagi melindungi keluarga kita daripada serangga pembawa penyakit.

Keterangan lanjut tanaman atau tumbuhan penghalau serangga termasuklah maklumat fizikal tumbuhan seperti jenis keluarga, ketinggian, cara penanaman dan cara penyediaan penggunaan, kandungan kimia serta manfaat tumbuhan.

Salah satu daripada tumbuhan yang tersenarai dianggap Wira Nyamuk adalah Citrosa. Tumbuhan ini dihasilkan oleh pakar hotrikultur dari Belanda. Bahagian tepi daun bergerigi dan permukaan berbulu. Tanaman ini boleh menghalau nyamuk kerana baunya tidak disukai dan daun semakin digoyangkan maka, semakin kuat bau yang keluar. Jika disapu dengan sedikit pada tangan, ia dapat menghalau nyamuk sehingga 40% - 50%. Tanaman ini juga sangat sesuai untuk ditanam sebagai tanaman hiasan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088 – 214828 / 231623 / 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan.