LATAR BELAKANG

1969 Bilik Bacaan Cawangan Papar yang kemudiannya dikenali sebagai Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Papar ditubuhkan. Ia dibuka kepada orang awam tiga kali seminggu dan dikendalikan oleh kakitangan sambilan.
1974 Masa pembukaan dilanjutkan kepada enam kali seminggu - Isnin - Jumaat: 9.00pagi - 12.45tengah hari dan pada hari Sabtu dari 9.00pagi - 1.00petang.
1984 Berpindah ke bangunan Pejabat Daerah lama. Masa pembukaan dilanjutkan hingga 5.00petang dari hari Isnin - Jumaat.
1992

Masa pembukaan pada hari Sabtu dilanjutkan hingga 4.00petang.

1995 Pada bulan Februari 1995, Perpustakaan berpindah ke Lot B, C & D di Taman OKK Hj. Mahali dengan keluasan setiap blok 1,250 kaki persegi. Masa pembukaan dilanjutkan sehingga hari Ahad dari 9.00pagi - 1.00petang. Tujuan ialah untuk memberi peluang kepada sebilangan kakitangan awam / kerajaan / swasta mengunjungi perpustakaan pada hari tersebut.
1997 Pembinaan bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Papar bermula pada Mei 1997. Upacara Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Osu Hj. Sukam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi pada 27 Julai 1997.
1999 Majlis Penyerahan bangunan kepada Datuk ignatius Bantoi, Setiausaha Tetap Kementerian Perkhidmatan Sosial (sekarang dipanggil Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna) pada 15 Januari 1999. Bangunan perpustakaan baru telah dibuka kepada orang awam pada 3 Februari 1999 dan diketuai oleh Encik George Yih, seorang pustakawan dan dibantu oleh 20 orang kakitangan.
2000 Perpustakaan Desa Kg.Kelatuan dan Kg.Padang Bongawan di buka kepada orang awam.
2001 9 Ogos Pameran Seni Lukis Kanak-Kanak Malaysia-Jepun, peringkat daerah papar.
2002 Logistik pameran obor SUKMA. Sempena sabah menjadi tuan rumah SUKMA ke-9.
2003 Pertukaran ketua-ketua seksyen, Pn.Dg.Sarifah ke Seskyen Sumber Media, En.Liam ke Seksyen Rujukan dan En.Sylvester ke Seksyen Pinjaman.
2004 Naib Johan Perbarisan Kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan peringkat daerah papar.
2005 Program "Born To Read" dan bengkel "Speed Reading"
2006 Bengkel Perpustakaan Keluarga dan bengkel kataloging
2007 Pembukaan semula pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 9.00 pagi-2.00 petang

3 Mac-Pangkalan bas Desa@Net di perpustakaan papar

2008 28 Februari-Perasmian Perpustakaan desa Kg.Benoni

4 Mac- Perpustakaan Negeri Sabah dan cawangan papar mengadakan Kempen Galakan Membaca Sempena Pameran Bergerak Yayasan Sabah Bersama Rakyat dan Roadshow Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di Dewan Masyarakat Papar.

 


Laman Web ini dikemas kini pada:-
05/05/08
WebMaster

Perpustakaan Cawangan Papar
Peti Surat 450,
89608 Papar.
No. Tel. 088-911644