"BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"
Sila klik WebOPAC untuk melayari Katalog Online Perpustakaan


MASA
PERKHIDMATAN

Isnin :
10.00 pagi -6.00 petang

Selasa-Khamis :
9.00 pagi- 6.00 petang

Jumaat :
9.00 pagi - 9.00 malam

Sabtu :
9.00 pagi - 2.00 petang

Ahad :
9.00 pagi - 2.00 petang

Cuti Umum - Tutup


MUKA UTAMA

SURATKHABAR ONLINE

 

 


PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK


Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak berperanan memberi perkhidmatan pinjaman buku menggunakan bas bergerak khususnya kepada orang ramai dan pelajar sekolah di luar bandar sejajar dengan usaha kerajaan membantu penduduk menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan.

PUSAT PERKHIDMATAN
Perkhidmatan ini beroperasi ke luar bandar iaitu melebihi 12km hingga 25km dari pusat bandar.  Pada masa kini perkhidmatan bas bergerak melawat 25 perhentian pusat perkhidmatan merangkumi kawasan Merotai, Balung dan Daerah Kunak.

KOLEKSI BUKU PINJAMAN
Pinjaman Dewasa & Kanak-kanak;

  • Buku Fiksyen (b.Melayu, Inggeris & Cina)
  • Buku Bukan Fiksyen (B. Melayu, Inggeris & Cina)

KEAHLIAN
Pendaftaran keahlian adalah percuma dan terbuka kepada orang awam berdasarkan kategori perhentian iaitu;

  • Sekolah Rendah - tahun 1 hingga 5
  • Sekolah Menengah - tingkatan 1 hingga 4
  • Kampung atau kilang
  • Kakitangan kerajaan yang bertugas di luar bandar

Penjamin juga diperlukan seperti berikut;

  • Pelajar Sekolah, penjamin adalah guru kelas/guru pusat sumber.
  • Orang awam, penjamin adalah Ketua Kampung atau JKKK di kawasan tersebut.
  • Pekerja buruh ladang/pegawai kilang dan sebagainya, dimestikan memohon kelulusan daripada pengurus tempat mereka bekerja.


PROSIDUR PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

Ahli boleh meminjam 3 naskhah buku sahaja dalam tempoh dua minggu.  Ahli yang ingin meminjam buku hendaklah memastikan buku dalam keadaan baik.  Buku yang telah tamat tempoh peminjamannya hendaklah dikembalikan ke kaunter pemulangan Bas Bergerak semasa lawatan ke sekolah/kawasan tersebut. Jika didapati buku yang dipulangkan koyak, basah atau kotor, denda akan dikenakan mengikut harga buku. Pemulangan buku juga boleh dilakukan atau dihantar ke pejabat Perpustakaan Bergerak pada bila-bila masa sahaja kecuali hari Ahad dan cuti umum.

PERKHIDMATAN LAIN

Pinjaman Antara Perpustakaan
Perkhidmatan ini adalah untuk membantu para pengguna mendapatkan bahan/buku yang tidak terdapat di van bergerak atau Perpustakaan Wilayah Tawau.  Walaubagaimanapun pengguna mestilah seorang ahli perpustakaan yang sah dan sanggup membayar segala kos penghantaran bahan/buku yang dikehendaki.

 

Laman web diselenggara oleh:
Perpustakaan Negeri Sabah, Wilayah Tawau, Peti Surat 775, 91008 Tawau.
Telefon : 089-760632 / 760631
Fax : 089-760636

Sebarang maklum balas / komen mengenai laman web ini sila hubungi PWT